Khamis, 9 Ogos 2018

Ketiaw goreng basah

Salam...

Hari ni saya nak share resepi ketiaw goreng..
Sedap seperti di pasar malam..
Saya ni bukannya jenis kuat makan..
Makan pun sikit2...
Tapi ketiaw goreng yang saya nak share ni sangat sedap..
Resepi ni sangat simple sostiram, sosikan,sostomato dan soscili pun tak pakai..

Maaf,lupa nak snap gambar...

Bahan masak kuey teow goreng basah sedap:
1 biji bawang besar (dikisar halus)
10 tangkai cili kering (dipotong dua, direbus dan dikisar halus)
2 biji bawang putih (dikisar halus)
1/2 paket kuew teow (celur dalam air panas & tos) - saya tak celur, basuh tos
Segenggam daun kucai (dipotong panjang)
Segenggam taugeh (ikut suka nak letak banyak mana)
10 ekor udang (dibuang kepala) - saya gantikan dengan isi ayam
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Kicap

  1. Kisar cili kering (yang dah siap rebus), bawang besar (dipotong), bawang putih. Campur bersama sedikit air dan kisarkan ketiga bahan ni
  2. Panaskan minyak di dalam kuali
  3. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga bahan kisar kering sedikit.
  4. Kemudian masukkan air. Agak-agak nak kuah banyak mana.
  5. Tuang kicap ke dalam masakan. Kuantiti kicap ni ikut citarasa. Tak perlu terlalu banyak. Cukup sekadar untuk menggelapkan warna kuah
  6. Gaul tumisan dengan rata, masukkan sekali garam & gula secukup rasa.
  7. Masukkan isi ayam dan tunggu seketika hingga udang masak
  8. Masukkan 1/2 paket kuey teow. Nak letak lebih pun boleh. Cuma kuah akan jadi kuranglah nanti.
  9. Gaul rata semua bahan.
  10. Kemudian letak pula daun kucai dan taugeh ke dalam masakan. Gaul rata
  11. Kalau nak letak telur pun boleh. Kuah akan jadi sedikit pekat & kurang. Ikut citarasa masing-masing
  12. Dah boleh hidang kat suami & anak-anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan