Khamis, 18 Mei 2023

Ayam Korea Spicy

 Resepi Ayam Korea Spicy


Bahan-bahan
• 2 ulas bawang putih
• 2 inci halia
• Sedikit lada hitam
• 1 ekor ayam (potong kecil)
• 1 biji telur ayam
• Setengah mangkuk tepung gandum
• Setengah mangkuk tepung jagung
• 2 cawan minyak masak

• 2 ulas bawang putih (didadu)
• 1 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar madu
• 1 sudu besar gula perang
• Secubit garam
• 1 mangkuk kecil bijan

Cara membuat:

1. Tumbuk bawang putih, halia dan hitam. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.

2. Masukkan telur ayam, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi sampai betul-betul rata.

3. Panaskan minyak masak. Goreng secara deep fry. Angkat dan ketepikan.

4. Untuk buat kuah, panaskan minyak masak di kuali. Tumiskan bawang putih yang dipotong dadu.

5. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang dan garam. Kacau rata.

6. Masukkan bijan dan gaul sebati.

7. Akhir sekali, apabila kuah sudah masak, masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.

Kredit: Pesan Bonda

Ayam Masak Kicap

 Ayam masak kicap


Bahan-bahan

Ayam
Kicap Manis
Sos Tiram
Serbuk Lada Campuran (Lada Putih)
Lada Hitam
Minyak
3 Ulas Bawang Putih – dihiris
1 Biji Lada Merah Besar – dihiris
Air
Lobak & Kentang
Secukup Rasa
Bawang Besar

Gaulkan ayam dengan kicap manis, sos tiram dan serbuk lada campuran (lada putih).
Tumis bawang putih dan lada merah besar.
Masukkan ayam. Kemudian tambah air.
Tutup kuali sehingga air mendidih dan ayam masak.
Masukkan lobak & kentang.
Tutup kuali sehingga lobak & kentang masak.
Masukkan bawang besar. Masak seketika.
Sedia untuk dihidangkan.

Selasa, 16 Mei 2023

Didik Anak Bongsu Sebelum Remaja

 🤷‍♀️ Nak didik anak bongsu? 🤷‍♂️


Ni 5 perkara perlu dididik pada anak bongsu sebelum dia jadi remaja :

1. Didik sense of responsibility
2. Didik adab & akhlak
3. Didik untuk hormat orang tua
4. Didik buat kerja rumah
5. Didik dia self-reliance contohnya berani buat keputusan sendiri dan sebagainya

Anak bongsu ni adalah anak emas kesayangan semua 🌟

Tetapi jangan sampai kasih sayang tersebut makan diri anak bongsu kita dan buatkan dia tak boleh 'survive' tanpa mak ayah dan adik beradiknya

p/s : belajar sesuatu yang sangat bernilai harini? 😍

#notaparentingTaufiqRazif

Khamis, 11 Mei 2023

Set Nasi Lemak

 

Nasi Lemak


2 cup Beras

1 packet santan

Air 3 cup

Halia hiris

Daun pandan simpul

Sedikit garam

Sedikit minyak masak

Basuh beras,dan masuk bahan2 lain2.kacau perlahan2,


Sambal Ikan Bilis Lauk Nasi Lemak


Bahan kisar:


1 biji bawang besar merah - saiz besar


3 ulas bawang putih


1 inci halia 


Belacan - opsyenal 


1 genggam ikan bilis - yang telah digoreng




Bahan B:


1 genggam ikan bilis


1 biji bawang besar - hiris


9 sudu besar cili kering kisar


Bahan C:


¼ sudu besar garam atau secukup rasa


2 sudu besar gula atau secukup rasa,jika suka manis,tambah gula


¼ sudu besar pes asam jawa


2 sudu besar gula Melaka



Cara cara:


Panaskan minyak lebihan menggoreng ikan bilis dan tumis daun pandan ,kemudian dah wangi,masukkan bahan kisar sehingga terbit minyak. 


Masukkan bawang hiris dan ikan bilis. Kacau rata sehingga bawang layu. 


Kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis atas api perlahan sehingga terbit minyak. Nota: Boleh masukkan air sedikit demi sedikit untuk sambal masak dan terbit minyak dengan sempurna. 

Tips penjual nasi lemak,air kena tambah3x dengan perlahan2,

Maksudnya,air hampir kering,tambah air lagi.


Akhir sekali, masukkan bahan perasa iaitu bahan C. Setelah sambal masak dan terbit minyak cantik, bolehlah tutup api. Nota: Jika untuk berniaga, perlu masak sambal lama lama sehingga 2 jam supaya tahan lama. 

Nota:

Jika minyak berlebihan, boleh ceduk dan guna untuk menggoreng nasi, mee hoon dsb. 

Sambal mesti ada masam,manis dan sedikit pedas.



Jika untuk nasi lemak bungkus, sambal mesti sedikit pekat.

Selasa, 9 Mei 2023

Punca Berat Kepala Lepas Asar


Kenapa masuk petang (Asar) jer simtom datang.
⁃ Jadi berat kepala
⁃ Jadi tegang leher
⁃ jadi telinga berdesing, kedap
⁃ jadi perut berangin sendawa
⁃ jadi pening.

Adakah semua ini gangguan setan ? Saya dah jumpa perawat Islam yang ‘BERTAULIAH”. Dia maklumkan tiada gangguan, jadi apa yang sebenarnya saya alami sekarang kalau bukan gangguan jin ?


Bila masuk petang, suhu persekitaran akan turun. Badan perlu naikkan suhu badan…kalau tak sejuk menggeletar la jadinya. Badan kawal selia suhu dengan Histamine (1).

Untuk membolehkan Histamine buat kerja, Cortisol perlu dikurangkan. Sebab Cortisol menghalang Histamine dari dikeluarkan (2).


*Fakta Bonus MBB*


Cortisol akan makin kurang dan makin kurang mula dari petang sehingga kita masuk tidur. Cortisol bersifat anti radang dan anti allergic. Perasan tak orang sakit chronic macam cancer, paru paru berair akan demam setiap kali malam. Dan kalau orang yang demam nie, akan demam lagi teruk waktu malam. Sebabnya adalah cortisol yang makin kurang. Masuk pagi jer, secara automatic demam kurang dan boleh rehat. Ini sebab masuk pagi jer cortisol akan mula dihasilkan semula.

INGAT takkkkkk~ masa sakit Gastrik, GERD, Anxiety duluuuuu masa sebelum HAWFI Plus dan MBB. Malam jer susah nak tido…tapi masuk subuh jer baru boleh tido…sebab hal inilah yer



Jadi bila histamine nie mula dihasilkan untuk naikkan suhu tubuh badan, dan orang tue tak cukup enzim Diamine oxidase untuk urai histamine, dia akan hadapi masalah histamine intolerance.


Apa itu histamine intolerance dan Diamine Oxidase


1. Histamine intolerance adalah badan mula reaksi allergic.
2. Diamine Oxidase adalah enzim untuk urai histamine.

Kurang Diamine oxidase bersedialah kena symptom histamine intolerance bila masuk petang macam nie
⁃ Jadi berat kepala
⁃ Jadi tegang leher
⁃ jadi telinga berdesing, kedap
⁃ jadi perut berangin sendawa
⁃ jadi pening.

Diamine oxidase nie hampir 90 peratus dihasilkan oleh bakteria usus. Kalau ada masalah angin, confirm akan berlaku masalah kat atas waktu petang…sebab Diamine oxidase tak cukup nak urai histamine yang dhasilkan untuk nak naikkan suhu tubuh badan.


Jadi apa nak buat.


Selesaikan masalah SIBO, pulihkan kesihatan bakteria usus, Ini membolehkan bakteria usus hasilkan Diamine oxidase untuk urai penghasilan histamine.

saya beri formula dia yang ribu orang amal dan berkesan.

1. Amal HAWFI Plus + MBB I hingga kesihatan asas pulih 50% ke 60 % I
2. Amal HAPPY D dan Real B + bersenam untuk bina semula otot yang hilang sebelum ini.
3. Amal Microbal + Real C  Iuntuk bantu cambah bakteria usus kecil dan hentikan radang chronic dari terus berlaku.



Rujukkan:

1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2853029/
2. https://www.sciencedirect.com/topics/biochemistry-genetics-and-molecular-biology/cortisol

Bayi terkena ruam lampin?

 😰 Bayi terkena ruam lampin?


Boleh gunakan tips ni :

✅ Kerap tukar lampin bila lampin basah atau kotor.

✅ Cuci terus punggung bayi setiap kali tukar lampin.

✅ Cuci dengan air yang mengalir, dari arah hadapan ke belakang.

✅ Sapu krim pelindung setiap kali tukar lampin. Contohnya Drapolene atau krim zinc oxide.

✅ Elakkan guna bedak talkum. Ia mungkin ada bahan yang boleh pedihkan kulit bayi. Kedua, bedak boleh galakkan pertumbuhan bakteria dan kulat bila bercampur dengan air kencing dan najis.

✅ Lap punggung bayi perlahan-lahan setelah mandi. Pedih tu.

✅ Elakkan guna tisu lembab bayi yang ada alkohol dan pewangi.

#NotaRedzaZainol
#Newborn

Ikan Salmon Bagus Buat Ibu Mengandung dan Bersalin

 Ikan Salmon Bagus Buat Ibu Mengandung dan Bersalin


Salmon bukan sahaja menjadi makanan baik untuk ibu hamil. Wanita selepas bersalin turut disarankan untuk makan ikan salmon kerana ia mengandungi protein tinggi yang boleh membantu luka pulih lebih cepat.

Selain itu, salmon juga diketahui mengandungi asid dokosaheksanoik (DHA), iaitu lemak sihat yang akan disalurkan daripada diet anda ke susu badan anda, kepada bayi. DHA ialah nutrien baik untuk otak.


Salmon juga mengandungi zink yang baik untuk melawan kemurungan selepas bersalin.

#ideamenupantang
#pantangpuntenang