Rabu, 5 September 2018


Percutian di resort sungai petani, kedah

salam, baru2 ini saya sekeluarga bercuti bersama geng2 ahli kereta waja.
Percutian ini dirancang pada bulan 6, tapi terpaksa ditunda. Akhirnya, kami pergi juga pada 31.08.18.

kami booking awal tempahan penginapan.
sangat berpuas hati sepanjang percutian disana. Anak2 saya sangat gembira.
breakfast pun sangat berpuas hati.
makanan pun sedap2..

ok la, nk cte carnival waterpark @ pun taman tema
tempatnya x besar mana..
tp ok la berbaloi dengan harganya...
makanan pun murah2..
tak sampai rm10..


Ahad, 26 Ogos 2018

Sayur Kubis Goreng Telur yang terlajak sedap


Bahan bahan:
1 mangkuk kubis
1 tangkai cili merah - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji telur - kocok seketika
Garam
Sedikit serbuk lada putih AJI-SHIO
Sedikit minyak bijan - saya gantikan dengan 
Minyak zaitun


Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Setelah bawang kekuningan dan wangi, masukkan sayur kubis. Kacau seketika sebelum dituangkan telur. Kacau rata. 

Masukkan garam, serbuk perasa serta sedikit minyak bijan. Akhir sekali, masukkan cili merah.  

Sabtu, 25 Ogos 2018

Ayam Masak Kicap


Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam - goreng garam kunyit
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 cm halia*ditumbuk

  • 1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
  • kicap manis secukup rasa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan


  1. Panaskan 4 camca besar minyak. Tumis bahan tumbuk kasar
    sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan ayam, sos tiram dan kicap beserta sedikit air (1 cawan). Kacau dan tutup, biarkan sehingga ayam menjadi empuk.
  3. Kemudian masukkan cili padi dan bawang besar, biar 5 minit. Siap untuk dimakan.
AYAM GORENG MOM (dgn ketumbar dan rempah) .

1 kg ayam
Bwg putih tumbuk
Biji ketumbar, tumbuk
Rempah kunyit dan kari meat, bancuh dgn sedikit air panas utk jadikan pes
Garam
Tepung ubi
.
1. Perap ayam dgn semua bahan diatas selama 2 jam atau nak lagi sedap semalaman supaya rasa lebih menyerap
2. Goreng dgn api sedang2 je. Yummy in my tummy 😋 .
.

Khamis, 9 Ogos 2018

Ketiaw goreng basah

Salam...

Hari ni saya nak share resepi ketiaw goreng..
Sedap seperti di pasar malam..
Saya ni bukannya jenis kuat makan..
Makan pun sikit2...
Tapi ketiaw goreng yang saya nak share ni sangat sedap..
Resepi ni sangat simple sostiram, sosikan,sostomato dan soscili pun tak pakai..

Maaf,lupa nak snap gambar...

Bahan masak kuey teow goreng basah sedap:
1 biji bawang besar (dikisar halus)
10 tangkai cili kering (dipotong dua, direbus dan dikisar halus)
2 biji bawang putih (dikisar halus)
1/2 paket kuew teow (celur dalam air panas & tos) - saya tak celur, basuh tos
Segenggam daun kucai (dipotong panjang)
Segenggam taugeh (ikut suka nak letak banyak mana)
10 ekor udang (dibuang kepala) - saya gantikan dengan isi ayam
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Kicap

  1. Kisar cili kering (yang dah siap rebus), bawang besar (dipotong), bawang putih. Campur bersama sedikit air dan kisarkan ketiga bahan ni
  2. Panaskan minyak di dalam kuali
  3. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga bahan kisar kering sedikit.
  4. Kemudian masukkan air. Agak-agak nak kuah banyak mana.
  5. Tuang kicap ke dalam masakan. Kuantiti kicap ni ikut citarasa. Tak perlu terlalu banyak. Cukup sekadar untuk menggelapkan warna kuah
  6. Gaul tumisan dengan rata, masukkan sekali garam & gula secukup rasa.
  7. Masukkan isi ayam dan tunggu seketika hingga udang masak
  8. Masukkan 1/2 paket kuey teow. Nak letak lebih pun boleh. Cuma kuah akan jadi kuranglah nanti.
  9. Gaul rata semua bahan.
  10. Kemudian letak pula daun kucai dan taugeh ke dalam masakan. Gaul rata
  11. Kalau nak letak telur pun boleh. Kuah akan jadi sedikit pekat & kurang. Ikut citarasa masing-masing
  12. Dah boleh hidang kat suami & anak-anak.

Rabu, 8 Ogos 2018


Petua Melembutkan Ayam Tua

🐣Petua Melembutkan Ayam Tua 1🐥
Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.

🐣Petua Melembutkan Ayam Tua 2🐥
Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

🐣Petua Melembutkan Ayam Tua 3🐥
Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

🐣Petua Melembutkan Ayam Tua 4🐥
Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

🐣Petua Melembutkan Ayam Tua 5🐥
Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

🐣Petua Melembutkan Ayam Tua 6🐥
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa. 

Petua Melembutkan Ayam Tua 7
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.

Petua Melembutkan Ayam Tua 8
kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.
🐥🐥🐥🐥🐥🐥🐥🐥🐥🐥🐥

#tipsDapur 



Sambal tumis telur pecah 

BAHAN-BAHAN :

6 biji telur

1 biji bawang besar - di potong nipis
1/2 sudu kecil asam jawa segera
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR LUMAT :

10 biji cili kering
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan

CARA-CARA MEMASAK :


1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar tadi sampai terbit bau wangi dan cili menjadi masak dan terbit minyak.

2) Kemudian masukkan gula, asam jawa, garam dan bawang besar .Terus mengacau semua bahan tadi sehingga bawang besar menjadi layu.

3) masukkan telur yang sebiji sebiji,jwngan bertindih,nanti telur tak cantik. Tunggu sehingga telur sedikit keras..baru digaul..

Selasa, 7 Ogos 2018


AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK

JANGAN DICUKUR ATAU DICABUT... INILAH PENYELESAIAN YANG TEPAT HILANGKAN BULU KETIAK HANYA DALAM 2 MINIT SAHAJA

📝  _Dengan bantuan kaedah alami ini, kamu pun boleh mendapatkan kulit ketiak yang bersih dan tanpa rasa sakit. Semua bahan yang digunakan di dalamnya pun penuh dengan mineral, vitamin, dan antioksidan.Rawatan alami berikut berdasarkan gula waxing yang telah digunakan oleh wanita di Timur Tengah selama beratus-ratus tahun. Berikut resipi dan cara penggunaannya :_


*Lemon dan Gula*

Cukup membuat campuran yang terdiri daripada satu sudu makan gula dan dua sudu makan lemon dalam rangka menciptakan ubat. Selepas itu, letakkan ubat pada ketiak dan menerapkannya dalam arah yang sama dengan rambut yang tumbuh di sana.

 Setelah selesai, gunakan kain basah yang bersih untuk mencuci kawasan itu. Lakukan prosedur ini dua kali seminggu. Kaedah ini akan membolehkan penyingkiran rambut perlahan dan beransur-ansur dari daerah ini.


*Telur dan tepung jagung*

Gunakan satu sudu makan putih telur dan satu setengah sudu makan tepung jagung untuk membuat pasta tebal. Masukkan pasta langsung pada ketiak dan biarkan seperti itu sehingga menjadi kering sepenuhnya. Selepas itu, gunakan air suam untuk mencuci pasta dari kulit ketiak.


*Susu dan Kunyit*

Mengambil sejumlah kecil kunyit dan campurkan dengan dua sudu makan susu mentah. Sapukan campuran ini pada ketiak.

Tunggu sekurang-kurangnya 15 minit dan selepas itu, gunakan air suam untuk membilas campuran.Nah, itulah beberapa cara semulajadi yang boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak tanpa perlu mencabut, mencukur dan waxing di salon kecantikan.






RESEPI AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil, cuci dan tos
2 sudu makan tempoyak
2 batang serai | titik
5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
1 kuntum bunga kantan | jika suka
1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1. Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam.
2. Gaul rata dan tambahkan sedikit air.
3. Renehkan di atas dapur menggunagakan api sederhana.
4. Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.
5. Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF:
Ayam Gulai Asam Tempoyak ini sedap kalau lebih pedas.