Khamis, 11 Mei 2023

Set Nasi Lemak

 

Nasi Lemak


2 cup Beras

1 packet santan

Air 3 cup

Halia hiris

Daun pandan simpul

Sedikit garam

Sedikit minyak masak

Basuh beras,dan masuk bahan2 lain2.kacau perlahan2,


Sambal Ikan Bilis Lauk Nasi Lemak


Bahan kisar:


1 biji bawang besar merah - saiz besar


3 ulas bawang putih


1 inci halia 


Belacan - opsyenal 


1 genggam ikan bilis - yang telah digoreng




Bahan B:


1 genggam ikan bilis


1 biji bawang besar - hiris


9 sudu besar cili kering kisar


Bahan C:


¼ sudu besar garam atau secukup rasa


2 sudu besar gula atau secukup rasa,jika suka manis,tambah gula


¼ sudu besar pes asam jawa


2 sudu besar gula Melaka



Cara cara:


Panaskan minyak lebihan menggoreng ikan bilis dan tumis daun pandan ,kemudian dah wangi,masukkan bahan kisar sehingga terbit minyak. 


Masukkan bawang hiris dan ikan bilis. Kacau rata sehingga bawang layu. 


Kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis atas api perlahan sehingga terbit minyak. Nota: Boleh masukkan air sedikit demi sedikit untuk sambal masak dan terbit minyak dengan sempurna. 

Tips penjual nasi lemak,air kena tambah3x dengan perlahan2,

Maksudnya,air hampir kering,tambah air lagi.


Akhir sekali, masukkan bahan perasa iaitu bahan C. Setelah sambal masak dan terbit minyak cantik, bolehlah tutup api. Nota: Jika untuk berniaga, perlu masak sambal lama lama sehingga 2 jam supaya tahan lama. 

Nota:

Jika minyak berlebihan, boleh ceduk dan guna untuk menggoreng nasi, mee hoon dsb. 

Sambal mesti ada masam,manis dan sedikit pedas.



Jika untuk nasi lemak bungkus, sambal mesti sedikit pekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan